Apa Itu SEO
Apakah Search Engine Optimization(S.E.O)
Search Engine Optimization adalah sebuah proses pemilihan kata kunci sasaran yang paling tepat iaitu frasa yang berkaitan dengan laman blog /site anda. Proses pemilihan kata kunci ini juga dapat memastikan kedudukan laman blog/site anda akan di tempatkan(rank) di top 20 atau top 10 oleh enjin carian. Sekiranya seseorang itu melakukan carian atas kata kunci itu, laman blog/site anda akan tersenarai di tempat teratas.
Secara kasarnya proses S.E.O ini melibatkan ‘fine tuning’ isi kandungan laman blog/site anda dengan menggunakan HTML dan tag Meta dan juga melibatkan proses pembinaan link yang sesuai. Paling popular adalah enjin pencari Google, Yahoo, MSN Search, AOL dan Ask. Tiada siapa pun yang dapat mengenalpasti secara tepat bagaimana sesebuah laman blog/site dianugerahkan ranking oleh sesuatu enjin carian seperti Google.
Laman blog/site yang baru tidak perlu didaftarkan pada enjin carian. Proses laman blog/site anda disenaraikan di enjin carian selalunya mengambil masa beberapa hari hingga ke beberapa minggu.Hanya link back ke blog/site anda dari laman blog/site yang berpengaruh, dapat mempercepatkan proses ‘indexing’ ini.
Proses pemilihan kata kunci yang sesuai serta bilangan trafik pengunjung yang disasarkan merupakan satu proses yang amat sukar. Sekiranya anda tidak mahir melakukan ‘keyword research’ ini anda boleh mengupah syarikat pemasaran enjin carian atau pun individu yang mahir dalam melakukan kerja-kerja optimisasi enjin carian.
p/s*Sudi-sudi tinggalkan komen sekiranya mendapati artikel ini berguna.
Tagged with: no 1 google • pemasaran enjin carian • traffik percuma • upah seo
Filed under: SEO
Like this post? Subscribe to my RSS feed and get loads more!




Leave a Reply