Achik Spin Meninggal Kemalangan Mengejut – MPV terbabas, terbakar

Terkejut bercampur tak percaya, Achik Spin terkenal dengan lagu Bola-Bola Api meninggal akibat kemalangan jalan raya di lebuhraya Kajang Seremban pada petang tadi. Berita ini dah konfirm bila disebut di Buletin Utama TV3 serta di Rancangan Galaxy.
Ramai rakan-rakan saya di forum-forum terkejut serta ragu-ragu tetapi setelah utusan malaysia mengeluarkan kenyataan(di wartakan berita kematian beliau) barulah ramai-ramai membaca al fatihah atas pemergian beliau.
Kalau anda perasan rancangan achik spin bersama Saiful Apek akan ke udara minggu depan dalam rancangan Jangan Tidur Lagi TV3. Anda boleh tengok sedutan iklan Jangan Tidur Lagi dan Arwah Achik menyampaikan sebuah lagu, Rancangan tersebiut mungkin rancangan terakhir Achik Spin Di kaca TV iaitu Jangan Tidur Lagi.
Semoga Isteri dan keluarga arwah bersabar atas pemergian beliau. Bahang kehilangan Arwah Din Beramboi masih terasa dan kini rakan media serta peminat ndustri tanah air telah kehilangan seorang lagi penyanyi dan penghibur muda iaitu Achik Spin. Al fatihah untuk beliau.
Berikut merupakan sedutan dari utusan online.
MPV terbabas, terbakar: Achik Spin maut nahas ngeri
Oleh Ainol Amriz Ismai dan Farabi Sheikh Said Al Jabri
SEREMBAN 17 April – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.
Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.
Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.
Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan
sumber: Ikhsan dari utusanonline

Posted in
Tags: 